Saturday, 26 May 2018

Kuliah Suboh Ustaz Hazman

Alhamdulillah pagi nie ustaz membincangkan ayat Suratul Mudahthir daripada ayat 39 hingga akhir.

Antara intipati ayat ini adalah perbualan diantara ahli syurga dan ahli neraka.

Ahli syurga bertanya kepada ahli neraka apakah amalan yang dilakukan sehingga mendiami neraka. Maka ahli neraka menjawab;

1. Tidak memberatkan solat.
2. Tidak memberi makan pada orang miskin.
3. Mendustai hari kiamat
4. Mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah

Sama2 kita ambil iktibar daripada kuliah Ustaz Hazman ini.


Saturday, 19 May 2018

Tazkirah Ramadan bersama Ustaz Raihan

Alhamdulillah.
Malam tadi direzekikan untuk menerima kehadiran Ustaz Raihan.
Ustaz membincangkan kepentingan berSEDEQAH.

Klik pada video untuk mendengar pengisian beliau.
Moga bermanfaat. 

Nota Kaki
Maaf atas video yang kualiti video. 



Friday, 18 May 2018

Kuliah Suboh bersama Ustaz Fahmi

Alhamdulillah ...

Hari ini adalah hari pertama Kuliah Suboh diadakan di SRS utk bulan Ramadan ini. 

Tajuk yang dikupas oleh Ust Fahmi adalah berkaitan bagaimana mendepani Ramadan.

Antara poin2 utama yang dirakamkan oleh Ustaz adalah seperti dibawah ; 

Azam Ramadan
1. Kita perlu berazam untuk tidak langsung meninggalkan terawikh.
2. Kita berazam untuk sentiasa solat berjemaah bersama. 

Perkara yang tidak diampunkan Allah 
1. Mensyirikkan Allah. 
2. Tidak bertegur sapa. Kita diminta untuk berukhuwah. 

Tonton video kuliah ini untuk mengambil intipati2 kuliah beliau.

Moga bermanfaat ..

 

Sunday, 13 May 2018

Ramadhan Kareem ....

Ramadhan Kareem ....

insyaAllah dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan.
Dilampirkan bersama ini Jadual Kuliah sepanjang Ramadhan yang telah SRS atur.
Moga ianya bermanfaat untuk kita semua.


Saturday, 5 May 2018

Kuliah Ustaz Ahmad A'toa

Topik : Perhebatkan Ramadan Kita !!!

Disertakan link kuliah ustaz.
Moga beroleh manfaat bersama.




Friday, 4 May 2018

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Fahmi

Ustaz Fahmi membawa kisah sahabat.

Malam nie ustaz membawa kisah sahabat bernama
1. Amru ibn Jamuh
2. Abdullah ibn Jasy

Antara poin yang menarik yang dikongsikan ustaz adalah;

Peringkat umur ada 3 peringkat
1-25 tahun
Nikmat sihat n masa lapang.
Jika guna sebaiknya ianya sangat beruntung.

25-50 tahun
Nikmat harta
Nikmat sihat
Tp nikmat masa lapang Allah tarik sedikit.

50 tahun sampai meninggal
2 nikmat Allah bagi.
Nikmat masa lapang.
Nikmat harta. Tapi Allah tarik sedikit nikmat sihat.

Antara amalan yg Allah akan bina rumah di syurga adalah melazimi Solat 12 rakaat yg bukan fardhu yakni solat sunat rawatib.

Wednesday, 2 May 2018

Makluman Majlis Ilmu Minggu 18/2018

Makluman Majlis² Ilmu

🕌Surau Riyadhus Solihin Taman Bangi Avenue

📣    Kuliah Maghrib
📆   Jumaat, 04/05/2018
 ⏰   Selepas Solat Maghrib
👳🏻  Ustaz Ahmad Fahmi
📙  SIRAH SAHABAT

📣    Kuliah Maghrib
📆   Sabtu, 05/05/2018
 ⏰   Selepas Solat Maghrib
👳🏻  Ustaz Ahmad A'toa Mokhtar
📙  UMUM

👨‍👩‍👧‍👦JOM Kita beramai² imarahkan surau dengan hadiri Majlis Ilmu.

📢 Mohon disebar²kan, insyaAllah.

Mohon 👉 Like Page Surau Riyadhus Solihin Bangi Avenue