Kertas Kerja Pembinaan Surau Riyadhus Solihin (SRS)


OBJEKTIF

Objektif utama Kertas kerja ini dihasilkan adalah bertujuan untuk proses pengumpulan Dana Wakaf bagi Pembagunan Surau Riyadhus Solihin, Taman Bangi Avenue.

Di dalam kertas kerja ini akan dihuraikan perancangan pembinaan surau kekal ini secara ringkas.

LATAR BELAKANG  

Taman Bangi Avenue adalah kawasan perumahan baru yang dibangunkan oleh syarikat pemaju Trans Loyal Development Sdn. Bhd., yang terletak di Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Pada masa ini, Taman Bangi Avenue telah dibangunkan di dalam tiga (3) fasa. Fasa – fasa tersebut ialah:

i.          Bangi Avenue 1 ( 400 unit rumah teres)
ii.         Bangi Avenue 2 ( 480 unit rumah teres)
iii.        Bangi Avenue 3 ( 600 unit rumah teres)
iv.        Beberapa unit apartmen masih dalam peringkat perancangan

Pada masa kini, 60% daripada unit-unit kediaman di Taman Bangi Avenue telah pun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit kediaman tersebut ataupun dihuni oleh penyewa yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan pesara.

Diantara kemudahan asas yang disediakan oleh pemaju adalah taman permainan, trek jogging dan senaman, tapak tadika, tapak dewan orang ramai, tapak gerai dan tapak surau.

Pemaju menyediakan tapak untuk surau, manakala pembinaannya perlu diterajui oleh penduduk.

Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah ini, penduduk taman telah bersepakat untuk menubuhkan surau sebagai pusat penyatuan kegiatan agama Islam dan lain-lain aktiviti seperti aktiviti Persatuan Penduduk di kawasan perumahan ini.

Pada bulan Oktober 2015, para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara bersetuju memulakan usaha membina Surau Riyadhus Solihin di Taman Bangi Avenue.


2 comments:

  1. Salam tuan.. setakat ini berapa wang sumbangan sudah terkumpul?

    ReplyDelete
  2. Salam En Hafiz....
    alhamdulillah setakat 15 Feb 2020 dalam RM1.02Juta telah dikumpul

    ReplyDelete