Bilamana bermulanya Syawal maka bermulalah bulan-bulan haji.
InsyaAllah, SRS merancang untuk melaksanakan Program Ibadah Korban 1439H seperti tahun sebelum ini.
Sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam progam ibadah
sunat muakad ini boleh mengisi borang dilink dibawah ini dan serahkan borang
yang lengkap beserta bukti pembayaran kepada En. Faizul.
Tahun ini, pihak SRS meletakkan had maksima hanya sebanyak
empat ekor lembu (28 bahagian) sahaja untuk dikorbankan setelah mengambil kira
faktor-faktor lain yang tidak dapat dielakkan.
Tarikh akhir untuk mengesahkan penyertaan Korban adalah pada
10 Ogos 2018 (Jumaat).
BORANG PENYERTAAN IBADAH KORBAN - KLIK DISINI
Sama-sama kita berdoa agar program kita ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.
Maklumat terkini berkaitan program ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
jzkk ...