Tuesday, 30 October 2018

Kuliah Maghrib - Ustaz Azlan.

Alhamdulillah malam ini adalah malam pertama Ustaz Azlan berkongsi ilmu di SRS. 
Malam ini lebih kepada Muqadimah mengapa kita perlu belajar Sirah.
Sirah hanya bukan dipelajari semasa zaman persekolahan tetapi ianya perlu dipelajari sepanjang masa supaya kita tahu dan belajar daripada sirah itu.
1. Dengan mempelajai sirah ianya adalah satu ibadah.
2. Dengan mempelajari Sirah, kita belajar tentang Islam.
3. Sirah adalah perkara asas untuk kita mencintai Rasulullah SAW.
4. Kita belajar Sirah untuk mengikuti cara hidup Rasulullah SAW.
5. Antara cara memahami Al-Quran
6. Sirah akan mengajar kita metodologi dakwah.
7. Sirah akan menguatkan identiti Muslim.
8. Dengan mempelajari Sirah, kita akan belajar yang terbaik. Ini kurun Nabi SAW adalah kurun terbaik.
Moga video ini bermanfaat. Maaf kualiti audio kurang baik kerna hujan (SRS bumbung menggunakan metal deck)