Sunday, 18 August 2019

Program Ibadah Korban 1440H (2019)


Assalamualaikum wrt, 


Alhamdulillah …. 
Segala Puji bagi Allah. 

Dengan izinNya Solat Sunat Aidil Adha dan ibadah Korban 1440H dapat dilaksanakan di SRS pada tahun ini. 

Bagi pihak SRS, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Peserta Korban yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan ibadah korban tuan-tuan dan puan-puan. 

SRS juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk BA2 dan BA3 dan juga mereka yang hadir dalam melancarkan perlaksanaan ibadah korban ini.   

Tidak dilupakan juga kepada pihak Masjid Kariah Bangi (MKB) yang turut membantu dalam mengagihkan bahagian korban kepada asnaf di sekitar Bangi.

Kita sama-sama berdoa agar objektif utama majlis ini yakni ibadah korban kita semua diterima Allah. 

Moga aktiviti seperti ini dimasa hadapan akan terus mendapat kerjasama yang baik seperti ini ataupun lebih baik daripada ini. 

Akhir kalam, pihak SRS memohon kemaafan atas segala kekurangan yang pasti ada semasa majlis berlangsung.

Yang Benar, 
Tim SRS BA

Gambar-gambar berkaitan ibadah korban boleh dilihat dengan melayari link dibawah ; 

Korban Kambing oleh En Nezam

Korbam Lembu Pertama 
 
Korban lembu ke-2 

Korban lembu ke-3