Laporan Ringkas Program Kasih 2021
Alhamdulillah...
Program Kasih 2021 anjuran SRS sedang berjalan.
Dimaklumkan setakat ini telah terdapat 2 orang penerima.
Penerima Pertama adalah seorang penduduk di BA3. Beliau sendiri mendaftar melalui link yang pihak SRS sediakan.
Beliau menerima sumbangan Voucher bernilai RM100.00 utk membeli barang keperluan dikedai runcit yg diusahakan oleh bumiputea Islam di Bukit Mahkota.
Moga bantuan ini dapat meringankan beban beliau.
Penerima Kedua adalah penduduk BA1. Penerima kedua ini dicadangkan oleh individu lain utk beliau menerima bantuan ini. Beliau menerima sumbangan Voucher bernilai RM100.00
Selain drpd sumbangan voucher, penerima kedua juga menerima lain2 sumbangan seperti pampers, susu anak dan dapur elektrik hasil sumbangan jemaah SRS.
Penduduk yang berhajat menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun SRS seperti dibawah.
Penduduk yang berhasrat untuk menyalur bantuan juga boleh menyalurkan ke akaun dibawah
Bank : RHB Bank
No. Akaun : 2124 5760 0176 77
Rujukan : Kasih 2021
Moga bantuan ikhlas kita semua dapat meringankan beban penduduk Bangi Avenue dan kawasan sekitarnya.
Mari kita sama2 doakan agar penginfaq2 ini sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezekinya.
Sekian, jzkk & terima kasih.
Disediakan oleh,
Setiausaha SRS