Assalamualaikum wrt semua,
Moga jemaah SRS dalam kemantapan iman dan kesihatan yang baik didoakan.
Mesyuarat AJK SRS pada 14 Mei 2021 telah memutuskan akan membuka semula SRS kepada jemaah bagi mendirikan solat fardhu dan ini adalah sejajar dengan arahan JAIS.
Walaubagaimanapun, jumlah yang dibenarkan adalah seramai hanya 20 orang sahaja.
Lima (5) orang terdiri daripada AJK
Lima Belas (15) orang daripada jemaah SRS yang berdaftar.
SRS telah bersetuju untuk mengadakan sistem penggiliran untuk jemaah hadir ke SRS bagi memberi peluang kepada setiap jemaah untuk solat di SRS. Solat fardhu hanya dibenarkan untuk jemaah yang menetap di BA2 dan BA3 sahaja.
Jemaah yang mendaftar untuk hadir perlulah memberi komitmen boleh hadir ke SRS untuk solat fardhu sekurang-kurangnya tiga (3) waktu sehari dan dapat mencari pengganti jika tidak dapat hadir ke SRS.
Pintu dewan solat utama akan dikunci sebelum tempoh Iqamat (10-15minit selepas masuk waktu) walaupun jemaah SRS masih kurang daripada 20 orang.
Ruang solat untuk musafir disediakan di Anjung Bestari namun jemaah penduduk tidak dbenarkan solat di Anjung Bestari
Jemaah diminta untuk mendaftar di link dibawah.
https://forms.gle/3doT63x8upfG2NzZ9
Daripada pendaftaran ini, AJK SRS akan mengasingkan setiap jemaah melalui beberapa batch.
Setiap batch akan diberi peluang untuk hadir mengikut jadual yang akan ditetapkan kelak.
SRS menjangkakan Batch 1 boleh mula hadir mendirikan solat fardhu Suboh bermula 15 Mei 2021.
Mohon yang tiada nama untuk tidak hari berjemaah. Menjadi tanggungjawab bersama untuk kita berusaha memutuskan rantaian.
Mohon kerjasama tingkatkan SOP, jaga jarak,pakai mask dan sejadah di SRS kerana telah banyak kes positif Covid-19 dilaporkan yg melibatkan AJK/JEMAAH yg hadir solat ke masjid/surau di seluruh negara.
Kalau jemaah demam, selsema & batuk mohon tidak hadir berjemaah di SRS.
Jemaah perlu memastikan benar-benar sihat, tidak menjadi kontak rapat kpd yg positif Covid-19 ketika hadir ke masjid/surau.
Jika ragu-ragu tentang tahap kesihatan, mereka dinasihatkan untuk tidak hadir ke SRS bagi mengelakkan kemudaratan terhadap diri mereka & orang lain juga.
Bersama kita putuskan rantaian wabak ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi AJK untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.