Tuesday, 8 June 2021

Program SRS Kasih 2021 - Perkongsian No.2

Alhamdulillah, Program Kasih SRS telah memasuki bulan keempat.
Program bermula pada Mac 2021, pada awalnya bilangan pemohon agak perlahan memohon, tetapi kini pemohon semakin ramai sehingga membuatkan AJK Kebajikan perlu menolak beberapa permohonan.
 
Permohonan ditolak bukan kerana mereka tidak layak tetapi kerana keutamaan kepada orang lain yang lebih memerlukan dan kekurangan bajet SRS.
 
Sehingga 9 Jun 2021 terdapat seramai 22 penerima tetapi 2 penerima terpaksa ditolak.  
 
Justeru itu, SRS menyeru kepada individu, NGO atau sesiapa yang berminat untuk bersama kami dalam program ini dapat menyalurkan sumbangan seperti dibawah
 
Bank : RHB Bank
No. Akaun : 2124 5760 0176 77
Rujukan : Kasih 2021  
 
SRS bercadang untuk memastikan program ini berlangsung sehingga Disember 2021. Kelangsungan program ini bergantung kepada dana yang dikumpul oleh SRS daripada orang ramai. Marilah sama-sama kita menyumbang kepada mereka yang memerlukan dimusim ekonomi yang tidak menentu ini. Moga bantuan kita semua dapat meringankan beban mereka.
 
 
Maklumat lanjut program boleh layari link dibawah
https://www.facebook.com/Surau-Riyadhus-Solihin-BA-1141464392586814/photos/3810312645701962
 
Laporan berkenaan program ini yang pernah dikongsikan sebelum ini, boleh layari link.
1. Perkongsian No.1 Program Kasih SRS 2021
 
Disediakan oleh,
SU SRS
9 Jun 2021
 
 

Solat Berjemaah SRS utk 1 - 14 Jun 2021

Mengambil maklum arahan terkini JAIS, hanya enam (6) orang pentadbir sahaja yang dibenarkan untuk mendirikan solat fardhu berjemaah.