Saturday, 31 July 2021

Gerobok Kasih SRS

 Assalamualaikum wrt … 

Untuk makluman jemaah, selain daripada Program Kasih SRS, pihak SRS juga telah mewujudkan inisiatif mengadakan Gerobok Kasih SRS. 

Gerobok Kasih SRS ini menyediakan bekalan makanan asas kepada mereka yang memerlukan. Bekalan makanan asas ini adalah sumbangan daripada jemaah dan penduduk Bangi Avenue dan kawasan sekitarnya. 

Mereka yang memerlukan bekalan makanan asas ini bolehlah mengambil seadanya untuk kegunaan diri dan keluarga sendiri. Bekalan manakanan ini diletakkan di Anjung Bestari SRS. 

Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang bekalan makanan, boleh hubungi JK Kebajikan ataupun SU SRS untuk menyumbang.  

Sekian, terima kasih. 

Jzkk ..


Monday, 12 July 2021

Program SRS Kasih 2021 - Perkongsian No.3

Assalamualaikum wbk. 
Lanjutan daripada Program Kasih SRS 2021 yang telah dilaksanakan, SRS ingin kongsikan sedikit maklumat terkini berkaitan program ini. 

Ribuan terima kasih buat para penderma SRS yang dikasihi Allah SWT. Untuk makluman, lebih daripada 30 bantuan berbentuk baucar tunai bernilai RM100/bantuan telah disalurkan kepada sebahagian besar penduduk Bangi Avenue asbab daripada pendapatan mereka terjejas akibat pandemik COV19 sejak ia dilancarkan pada bulan Mac 2021 yang lalu. 

Senarai di bawah adalah jumlah penerima yang telah disalurkan sumbangan kepada mereka hasil sumbangan jemaah dan penduduk Bangi Avenue yang sangat prihatin dengan ujian yang dialami oleh jiran-jiran kita. 

1) Mac >> 5 orang
2) April >> 5 orang
3) Mei >> 5 orang 
4) Jun >> 6 orang
5) Julai >> 11 orang 




Untuk makluman bersama, pada Julai 2021 terdapat beberapa individu telah hadir ke SRS menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan bantuan membayar sewa rumah. Mengambil kira permasalahan ini, dengan izin Allah, SRS melalui sumbangan orang ramai telah dapat mengumpul RM1,200.00 untuk sumbangan sewa rumah dan bilik ini untuk 3 individu.  

Kasih SRS 2021 ini dijalankan 100% berdasarkan sumbangan penginfaq yang budiman. Jika banyak sumbangan, maka banyaklah penyaluran sumbangan dapat dilaksanakan kepada mereka yang terjejas. 

Masyuarat pada Mac 2021 telah bersetuju untuk SRS memperuntukkan wang berjumlah RM500 setiap bulan untuk tujuan sumbangan ini kepada 5 keluarga. Nilai melebihi RM500 seperti direkodkan pada bulan Jun dan July adalah hasil sumbangan individu yang mahu sumbangan disalurkan kepada penduduk utk bulan tersebut. 

Mengikut statistik dan keadaan semasa semasa, pihak SRS menjangkakan bilangan pemohon baru akan bertambah susulan tempoh PKPD yang dilanjutkan ini. Terkini untuk Julai 2021, jumlah pemohon sudah menjejak 13 orang, tetapi disebabkan kekangan kewangan kita hanya mampu menyalurkan kepada 11 orang sahaja buat masa ini. 

Oleh yang demikan SRS amat memerlukan sokongan jemaah dan penduduk untuk memastikan penyaluran sumbangan ini dapat terus dilaksanakan.  Sekiranya tuan puan berhasrat untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan beban saudara-saudara kita, disertakan di sini nombor akaun dibawah ; 

Nama Akaun : Surau Riyadhus Solihin 
Bank :  *RHB Islamic*, Cawangan Bandar Baru Bangi 
No. Akaun : *21245760017677* 
Rujukan - Program Kasih

Alhamdulillah dan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua penderma Program Kasih 2021. Semoga amal soleh kita semua diterima Allah SWT.
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)

Maklumat lanjut program boleh layari link dibawah
 
Laporan berkenaan program ini yang pernah dikongsikan sebelum ini, boleh layari link.
 
Disediakan oleh,
Muhammad Abu Bakar As-Siddiq B Mohd Khairi 
Pengarah Program 
JK Kebajikan SRS  

Disahkan oleh, 
Mohd Faizul Irwan Bin Mohd Razali
Setiausaha SRS