Alhamdulillah pada 29 Julai 2021 yang lalu Surau Riyadhus Solihin (SRS) telah menerima sumbangan berebtuk barangan asas yang telah disalurkan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan, Humanatarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) yang beribupejabat di Taman Sungai Besi Indah.
Sumbangan ini telah diserahkan oleh wakil MyCARE, Tn Hj Mazli Wan Othman kepada wakil SRS Tn Hj Mohd Noor B Kasa bertempat di SRS.
MyCARE telah menyumbang barangan keperluan asas berjumlah RM500.00 bagi menjayakan program Gerobok Kasih SRS ini. Antara barangan asas yang disumbangkan adalah tepung 1 kg (67 paket), gula 1 kg (67 paket) dan sardin tin kecil (50 tin).
Bagi pihak SRS, mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan MyCARE ini. Moga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima.
Jemaah SRS yang berhajat untuk menyumbang keperluan asas bagi menjayakan program ini juga amatlah dialu-alukan. Sebarang sumbangan boleh dimaklumkan kepada AJK SRS.
Sekian, terima kasih.