Sunday, 26 September 2021

Program SRS Kasih 2021 - Perkongsian No. 4

 



Alhamdullillah sumbangan jemaah terus disalurkan kepada penerima yang memerlukan. 

Untuk Bulan Sept 2021 seramai 15 keluarga menerima manfaat voucher pembelian barangan mentah di kedai terpilih. Manakala seorang penerima untuk bantuan sewa rumah berjumlah RM500 kesan daripada masalah kesihatan pasca Covid-19 yang dialaminya.  

Sumbangan Jemaah juga digunakan pertama kalinya untuk membeli barangan keperluan Gerobok Kasih berjumlah RM300.50. Walaupun Gerobok Kasih telah bermula pada bulan Ogos 2021, semua sumbangan keperluan sebelum ini adalah sumbangan NGO dan orang perseorangan ke SRS.

Sehingga hari ini jumlah sumbangan yang telah disalurkan kepada jemaah berjumlah RM 8,510.50.  

Oleh yang demikan SRS amat memerlukan sokongan jemaah dan penduduk untuk memastikan penyaluran sumbangan ini dapat terus dilaksanakan.  Sekiranya tuan puan berhasrat untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan beban saudara-saudara kita, disertakan di sini nombor akaun dibawah ; 

Nama Akaun : Surau Riyadhus Solihin 
Bank :  RHB Islamic, Cawangan Bandar Baru Bangi 
No. Akaun : 2124 5760 0176 77 
Rujukan - Program Kasih

Alhamdulillah dan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua penderma Program Kasih 2021. Semoga amal soleh kita semua diterima Allah SWT.
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)

Maklumat lanjut program boleh layari link dibawah
 
Laporan berkenaan program ini yang pernah dikongsikan sebelum ini, boleh layari link.