Assalamualaikum wrt,
Alhamdulillah ….
Segala Puji bagi Allah.
Segala Puji bagi Allah.
Dengan izinNya Solat Sunat Aidil Adha
(yang pertama di SRS) dan ibadah Korban 1439H dapat dilaksanakan pada 10 Zulhijjah 1439 bersamaan dengan 22 Ogos 2018.
Bagi pihak SRS, kami ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Peserta Korban yang memberi kepercayaan kepada kami
untuk menguruskan ibadah korban tuan-tuan dan puan-puan.
SRS juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua penduduk BA2 dan BA3 dan juga mereka yang hadir dalam melancarkan
perlaksanaan ibadah korban ini.
Tidak dilupakan juga kepada pihak
Masjid Kariah Bangi (MKB) yang turut membantu dalam mengagihkan bahagian korban
kepada asnaf di sekitar Bangi.
Kita sama2 berdoa agar objektif utama
majlis ini yakni ibadah korban kita semua diterima Allah.
SRS juga berpandangan objektif
merapatkan ukhuwah sesama jemaah juga dapat dilihat di dalam majlis ini.
Moga aktiviti seperti ini dimasa
hadapan akan terus mendapat kerjasama yang baik seperti ini ataupun lebih baik
daripada ini.
Akhir kalam, pihak SRS memohon
kemaafan atas segala kekurangan semasa majlis berlangsung.
Yang Benar,
Tim SRS BA
Untuk melihat lebih banyak gambar
boleh ke link dibawah ;