Wednesday, 22 August 2018

Solat Sunat Aidil Adha & Ibadah Korban 1439H di SRS


Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah ….
Segala Puji bagi Allah.

Dengan izinNya Solat Sunat Aidil Adha (yang pertama di SRS) dan ibadah Korban 1439H dapat dilaksanakan pada 10 Zulhijjah 1439 bersamaan dengan 22 Ogos 2018.

Bagi pihak SRS, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Peserta Korban yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan ibadah korban tuan-tuan dan puan-puan.

SRS juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk BA2 dan BA3 dan juga mereka yang hadir dalam melancarkan perlaksanaan ibadah korban ini.   

Tidak dilupakan juga kepada pihak Masjid Kariah Bangi (MKB) yang turut membantu dalam mengagihkan bahagian korban kepada asnaf di sekitar Bangi.

Kita sama2 berdoa agar objektif utama majlis ini yakni ibadah korban kita semua diterima Allah.

SRS juga berpandangan objektif merapatkan ukhuwah sesama jemaah juga dapat dilihat di dalam majlis ini.

Moga aktiviti seperti ini dimasa hadapan akan terus mendapat kerjasama yang baik seperti ini ataupun lebih baik daripada ini.

Akhir kalam, pihak SRS memohon kemaafan atas segala kekurangan semasa majlis berlangsung.

Yang Benar,
Tim SRS BA

Untuk melihat lebih banyak gambar boleh ke link dibawah ;










No comments:

Post a Comment